Wednesday, September 9, 2009

Lailatul Qadar


Lailatul Qadar adalah suatu mlm pd salah satu di antara malam-malam bulan Ramadhan, pd mlm itu permulaan turunnya Al-Quran.



Keistimewaan mlm Lailatul Qadar :

i- Malam ini hanya diberikan Allah kpd umat Nabi Muhammad s.a.w saja dan tdk pernah diberikan kpd umat-umat sebelumnya.

ii- Mlm itu sama dgn seribu bulan. Maksudnya org yg beribadah bertepatan pd mlm itu memeperolehi pahala seperti beribadah 1000 bulan (84 thn 4 bulan), adalah suatu jumlah yg ssh utk dicapai kerana jarang manusia yg beribadah selama itu krn keterbatasan umur manusia itu sendiri.

iii-Mereka yg beribadah pd mlm itu akan diampunkan dosanya yg tlh lalu dan yg akan datang oleh Allah s.w.t



Waktu Lailatul Qadar & cara beribadah di dlmnya :

Malam-malam yg paling diharapkan utk Lailatul Qadar adalah pd mlm-mlm 10 akhir bulan Ramadhan krn pd mlm-mlm itu Rasulullah lebih rajin dari biasanya dgn beriktikaf atau ibadah lainnya semalaman dan menyuruh keluarganya berbuat demikian juga.


• Sebahagian ulama berpendapat bhw yg lebih diharapkan waktu Lailatul Qadar adalah pd malam-malam ganjil 10 iaitu mlm ke 21,23,25,27 dan 29.


• Mereka yg ingin mendapatkan Lailatul Qadar, hendaknya berjaga-jaga dan bersungguh-sungguh pd malam-malam spt disebutkan di atas dgn iktikaf, sembahyang mlm, membaca Al-Quran, berzikir atau berdoa.




Tanda-tanda Lailatul Qadar :

-Hujan tidak turun pd malamnya.


-Panas matahari pd keesokan harinya berkurangan sedikit.


-Cahaya matahari pd esok paginya putih tdk bercahaya & kelihatan agak mendung sedikit.


-Perasaan pd waktunya (waktu Lailatul Qadar) tenang dan tenteram.



Nuzul Quran

Nuzul Quran ialah peristiwa pertama kali turunnya Al-Quran kpd Rasulullah s.w.t. Peristiwa ini terjadi pd 17 Ramadhan di waktu Rasulullah s.a.w menyendiri di dlm Gua Hira’. Pd haribulan itu Malaikat Jibirl dtg kpd Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan wahyu Allah.






Jibril menyuruh Nabi yg sdg beribadah di gua Hira’ itu agar membaca. Tapi rasulullah menjawab, “saya tdk pandai membaca.” 3 kali Jibril menyuruh Nabi membaca, namun Nabi tetap menjawab yg sama. Kemudian Jibril membacakan surah Iqra’ kpd Rasulullah itulah wahyu pertama turun.






Kecenderungan para ulama’ akan mlm pertama turunnya Al-Quran kpd Nabi Muhammad s..a.w pd 17 Ramadhan.




Puasa juga mengajar kita untuk terus bersyukur di atas nikmat yg Allah berikan kepada kita. Mari sama2 kite renungkan dan hayati mesej tersirat drpd VIDEO ini. Sesungguhnya kite lebih beruntung drpd mereka di sana. Moga2 nikmat yg Allah berikan ni bukanlah untuk lebih melalaikan kite melainkan utk meningkatkan iman dan takwa terhadap-Nya. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment